Popular Post

Archive for December 2013

By : Unknown
KATEGORI KELENGKAPAN PELINDUNG DIRI MENGIKUT BAHAGIAN BADAN

1. Pelindung Badan.
2. Pelindung Pernafasan.
3. Pelindung Tangan.
4. Pelindung Kaki.
5. Pelindung Mata.
6. Pelindung Kepala.
7. Pelindung Pendengaran.

1. PELINDUNG BADAN.

Pelindung badan merupakan peranti yang digunakan apabila seorang pekerja perlu menjalankan kerja di mana dedahan kepada hazard yang diterima adalah meliputi seluruh tubuh seperti :

-Mengendalikan bahan kimia dalam makmal atau menangani
 tumpahan bahan kimia.                                                                      
-Mengendalikan bahan biologi dalam skala besar ataumenangani pelepasan bahan      biologi.
Contoh pelindung badan yang biasa digunakan ialah baju makmal,
coverall,apron berplumbum (lead apron) dan sebagainya.

2. PELINDUNG PERNAFASAN

Pelindung pernafasan merupakan peranti yang digunakan apabila seorang pekerja perlu menjalankan kerja di kawasan kerja yang berisiko seperti :
 Kandungan oksigen dalam udara yang rendah seperti ruang terkurung dan    
     sebagainya.
 Pendedahan kepada bahan kimia berbahaya seperti hidrogen sulfida.
 Pendedahan kepada bahan biologi seperti bakteria, spora dsbnya.

Contoh pelindung pernafasan yang biasa digunakan adalah seperti topeng gas, alat bantuan pernafasan (respirator) dan sebagainya.






3. PELINDUNG TANGAN

Pelindung tangan merupakan peranti yang digunakan apabila seorang pekerja perlu menjalankan kerja yang melibatkan hazard kepada bahagian tangan seperti :
 Mengendalikan bahan suhu lampau seperti sampel panas dan cecair kriogenik.
 Mod kemasukan hazard melalui tangan seperti kejutan elektrik,
dedahan kepada bahan radioaktif dan sebagainya.

Contoh pelindung tangan yang biasa digunakan adalah seperti sarung tangan getah dan sebagainya.

4. PELINDUNG KAKI

Pelindung kaki merupakan peranti yang digunakan apabila seorang pekerja perlu menjalankan kerja yang mempunyai risiko seperti berikut :
 Bekerja di bengkel mekanikal yang mempunyai risiko terpijak/tertusuk benda tajam dan objek terjatuh mengenai kaki.
 Bekerja di makmal dimana ianya mempunyai risiko
tumpahan bahan kimia dan sebagainya.
 Bekerja di kawasan yang licin dan mempunyai risiko tergelincir.

Contoh pelindung kaki yang biasa digunakan adalah seperti kasut keselamatan, pelindung kasut (shoe cover) dan sebagainya
5. PELINDUNG MATA

Pelindung mata merupakan peranti yang digunakan apabila seorang pekerja perlu menjalankan kerja yang melibatkan hazard berikut :
 Menggunakan bahan kimia yang merengsa kepada mata.
 Menjalankan kerja pateri (welding) yang menghasilkan tahap
cahaya yang boleh menyebabkan kerosakan pada mata.
 Menjalankan kerja menggunakan peralatan laser berkeamatan tinggi.
 Kawasan kerja mempunyai hazard partikel beterbangan, habuk dan sebagainya.

Contoh pelindung mata yang biasa digunakan adalah seperti pelindung muka, cermin mata keselamatan dan sebagainya.



6. PELINDUNG PENDENGARAN

Pelindung pendengaran merupakan peranti yang digunakan apabila seorang pekerja perlu menjalankan kerja sama ada :
 Peralatan yang digunakan menghasilkan kebisingan yang melebihi aras yang ditetapkan seperti mesin gerudi . Atau;
 Bekerja di kawasan yang mempunyai tahap kebisingan yang tinggi seperti di bengkel dan sebagainya.

Contoh pelindung pendengaran yang biasa digunakan adalah seperti palam telinga (ear plug), penutup telinga (ear muff) dan sebagainya




By : Unknown

ALAT BANTUAN KECEMASAN


        Alat bantuan kecemasan yang biasa terdapat di bilik Kemahiran Hidup ialah peti pertolongan cemas dan alat pemadam api, manakala hos pili bomba dan loceng kecemasan terletak di luar bangunan.

       Alatan ini mesti diletakkan ditempat yang sesuai dan tidak tersorok. Alat ini perlu diperiksa dan disenggara dari semasa ke semasa supaya berada dalam keadaan baik.

PETI PERTOLONGAN CEMAS


1. Semua pengguna mesti mengetahu asas tentang pertolongan cemas. 
2. P
eti pertolongan cemas hendaklah diletakkan ditempat yang mudah dilihat dan 
   diambil. 
3. Kandungannya perlu selalu diperiksa untuk memastikan iada kekirangan atau tiada 
    bahan atau ubat yang telah luput tarikh penggunaan.
4. Jadual di bawah ialah kelengkapan dan ubat-ubatan yang perlu ada dalam peti 
    pertolongan cemas. 



Senarai alatan dan ubat-ubatan dalam peti pertolongan cemas






ALAT PEMADAM API


1. Alat pemadam api hendaklah diletakkan ditempat yang mudah.

2. Jenis-jenis pemadam api


KELAS A : KATRIJ AIR


 Memadam api yang melibatkan kain, kertas, kayu dan sebagainya.




                             

                  KELAS B : KATRIJ BUIH


                   Memadam kebakaran yang melibatkan cecair dan gas mudah                        terbakar seperti petrol, alkohol, minyak, varnish, cat, LPG,                          asetelina, hidrogen dan sebagainya dan boleh memadam                                kebakaran jenis klas A.


KELAS C : KATRIJ KARBON DIOKSIDA


Memadam kebakaran yang melibatkan arus elektrik seperti papan suis, transformer, gas dan wap



KELAS D : KATRIJ SERBUK KERING


Memadam kebakaran yang melibatkan potassium, magnesium, sodium dan seumpamanya serta boleh memadam kebakaran dari kelas A, B dan C.












PERATURAN

By : Unknown
TINGKAH LAKU DAN PAKAIAN SEMASA DALAM BENGKEL


1. Sebelum
  • Elakkan memakai pakaian yang longgar dan aksesori yang labuh kerana ia mudah tersangkut dan boleh menyebabkan kemalangan 
  • Memakai kasut yang sesuai untuk mengelakkan kemalangan 
  • Mematuhi peraturan pemakaian yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan 
  • Ikat rambut dengan kemas dan pakai skaf supaya rambut tidak mengganggu penglihatan semasa melakukan kerja 
  • Pastikan tangan kering apabila memetik suis elektrik 
  • Kawasan bengkel tidak berminyak 
  • Prihatin terhadap tanda amaran dan kawasan larangan 
  • Tidak membawa makanan dan minuman ke dalam bengkel 
  • Membaca manual mesin dengan teliti 
  • Tempat kerja mestilah mempunyai susun atur yang baik bagi membolehkan kerja dijalankan dengan baik dan lancar. 
  • Tempat kerja mestilah mendapat cahaya yang mencukupi dan sistem pengudaraan yang baik bagi memastikan kerja yang dilakukan tidak menghadapi sebarang masalah 
  • Tempat kerja hendaklah sentiasa bersih daripada sebarang sisa kerja seperti serpihan besi dan minyak bagi mengelakkan kemalangan yang disebabkan oleh bahan tersebut.
2. Semasa


  • Tidak bergurau atau bermain ketika mengendalikan mesin. 
  • Berhati-hati semasa mengendalikan alatan dan mesin. 
  • Matikan suis kecemasan sekiranya berlaku kemalangan.
  • Mendengar setiap arahan yang diberikan oleh pensyarah. 
  • Maklumkan kepada pensyarah sekiranya berlaku kerosakan.


3. Selepas 

  • Bahan yang mudah terbakar , bahan yang berat dan panjang, serta bahan toksik hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan mudah disenggara.
  • Simpan semua peralatan di tempat yang betul.
  • Tutup semua peralatan yang menggunakan kuasa elektrik.
  • Bengkel dibersihkan daripada sebarang sisa-sisa buangan samada sisa pepejal atau cecair.
  • Tutup Semua pintu dan tingkap sebelum keluar dari bengkel.


Keselamatan diri

1.            Tingkah laku di tempat kerja
2.            Pengguna perlu mematuhi peraturan berpakaian
3.            Pengguna hendaklah mengikut kaedah yang betul ketika menggunakan dan mengendalikan peralatan dan mesin
4.            Pengguna tidak dibenarkan bermain dan bergurau

Keselamatan tempat kerja

1.            Tempat kerja mestilah mempunyai susun atur yang baik
2.            Tempat kerja mestilah mendapat bekalan cahaya yang mencukupi
3.            Tempat kerja mestilah sentiasa bersih dan tiada sebarang sisa kerja

PAKAIAN DAN ALAT PERLINDUNGAN DI TEMPAT KERJA

Pakaian di tempat kerja boleh dikelaskan kepada tiga
1.            Pakaian am
2.            Pakaian perlindungan

3.            Peralatan perlindungan



Pakaian am

1.            Pakaian mestilah tidak terlalu ketat  dan tidak terlalu longgar
2.            Rambut sentiasa pendekdan kemas bagi lelaki manakala bagi perempuan yang  
         berambut panjang hendaklah diikat dan yang bertudung disisipkan dalam baju
3.            Elakkan memakai barang perhiasan seperti rantai,jam tangan dan sebagainya




Organisasi dan Keselamatan Bengkel

By : Unknown
PENDAHULUAN

Langkah-langkah Keselamatan adalah satu aspek penting yang perlu dititikberatkan oleh semua pihak, sama ada di sekolah, di pejabat walhal di rumah sekali pun. Langkah keselamatan yang dibincangkan di sini adalah merangkumi segala aspek keselamatan yang melibatkan penggunaan bengkel di sekolah-sekolah.

Keselamatan adalah suatu perkara yang sering dipandang ringan oleh semua orang, lantas langkah-langkah berjaga-jaga langsung tidak dipedulikan. Kita akan mengambil langkah-langkah keselamatan setelah mengalami sebarang kemalangan atau kecederaan. Seperti kata orang tua-tua , dah terantuk baru terngadah. Seharusnyalah kata-kata ini tidak digunapakai lagi di waktu sekarang kerana di zaman ini kita sentiasa terdedah kepada berbagai jenis bahaya yang ada di sekeliling . Hanya , jika kita tidak berhati-hati nasib tidak menyebelahi kita, kerana malang itu tidak berbau.

Langkah-langkah keselamatan yang seharusnya diamalkan oleh semua orang melibatkan 3 aspek iaitu menjaga keselamatan diri sendiri, orang lain dan alatan mesin, mengetahui cara-cara pertolongan cemas dan mengetahui cara menggunakan alat pemadam api. 

Semua pihak memainkan peranan penting dalam memastikan langkah-langkah keselamatan diamalkan di sekolah-sekolah. Kecuaian , sikap buruk dan kejahilan merupakan punca utama kemalangan. Gunakan peralatan yang berkeadaan baik dengan kaedah atau cara yang betul untuk mengelakkan berlakunya kecederaan atau kemalangan. Pakaian yang sesuai, disiplin diri dan mematuhi peraturan merupakan perkara penting dalam mencegah kemalangan.



“UTAMAKAN KESELAMATAN”.

DEFINISI

Mengikut kamus dewan, keselamatan ialah suatu perkara atau langkah yang perlu diambil bagi mengelakkan berlakunya peristiwa yang tidak diingini seperti kecederaan atau kehilangan nyawa. Keselamatan dapat dikelaskan kepada tiga iaitu;

1. Menjaga keselamatan diri sendiri, orang lain dan alatan serta mesin.
2. Mengetahui cara-cara pertolongan cemas.
3. Mengetahui cara menggunakan alat pemadam api.
By : Unknown
BIODATA AHLI KUMPULAN



NAMA : MOHD ALIFSHAM BIN MUSA

NO.MATRIK : DB120053

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
(KIMPALAN DAN FABRIKASI LOGAM)


NAMA : SITI NORIAH HATUN BINTI SHAMSURI

NO MATRIK : DB120017

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
(KIMPALAN DAN FABRIKASI LOGAM)


NAMA : AZMAN BIN ABU RUDIN

NO MATRIK : DB120056

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
(KIMPALAN DAN FABRIKASI LOGAM)

- Copyright © AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -