Posted by : Unknown
Monday, 16 December 2013
ALAT BANTUAN KECEMASAN
Alat bantuan kecemasan yang biasa terdapat di bilik Kemahiran Hidup ialah peti pertolongan cemas dan alat pemadam api, manakala hos pili bomba dan loceng kecemasan terletak di luar bangunan.
Alatan ini mesti diletakkan ditempat yang sesuai dan tidak tersorok. Alat ini perlu diperiksa dan disenggara dari semasa ke semasa supaya berada dalam keadaan baik.
PETI PERTOLONGAN CEMAS
1. Semua pengguna mesti mengetahu asas tentang pertolongan cemas.
2. Peti pertolongan cemas hendaklah diletakkan ditempat yang mudah dilihat dan
diambil.
3. Kandungannya perlu selalu diperiksa untuk memastikan iada kekirangan atau tiada
bahan atau ubat yang telah luput tarikh penggunaan.
4. Jadual di bawah ialah kelengkapan dan ubat-ubatan yang perlu ada dalam peti
pertolongan cemas.
Senarai alatan dan ubat-ubatan dalam peti pertolongan cemas
ALAT PEMADAM API
1. Alat pemadam api hendaklah diletakkan ditempat yang mudah.
2. Jenis-jenis pemadam api
KELAS A : KATRIJ AIR
Memadam api yang melibatkan kain, kertas, kayu dan sebagainya.
KELAS B : KATRIJ BUIH
Memadam kebakaran yang melibatkan cecair dan gas mudah terbakar seperti petrol, alkohol, minyak, varnish, cat, LPG, asetelina, hidrogen dan sebagainya dan boleh memadam kebakaran jenis klas A.
KELAS C : KATRIJ KARBON DIOKSIDA
Memadam kebakaran yang melibatkan arus elektrik seperti papan suis, transformer, gas dan wap
KELAS D : KATRIJ SERBUK KERING
Memadam kebakaran yang melibatkan potassium, magnesium, sodium dan seumpamanya serta boleh memadam kebakaran dari kelas A, B dan C.