Popular Post

Posted by : Unknown Monday, 16 December 2013

TINGKAH LAKU DAN PAKAIAN SEMASA DALAM BENGKEL


1. Sebelum
  • Elakkan memakai pakaian yang longgar dan aksesori yang labuh kerana ia mudah tersangkut dan boleh menyebabkan kemalangan 
  • Memakai kasut yang sesuai untuk mengelakkan kemalangan 
  • Mematuhi peraturan pemakaian yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan 
  • Ikat rambut dengan kemas dan pakai skaf supaya rambut tidak mengganggu penglihatan semasa melakukan kerja 
  • Pastikan tangan kering apabila memetik suis elektrik 
  • Kawasan bengkel tidak berminyak 
  • Prihatin terhadap tanda amaran dan kawasan larangan 
  • Tidak membawa makanan dan minuman ke dalam bengkel 
  • Membaca manual mesin dengan teliti 
  • Tempat kerja mestilah mempunyai susun atur yang baik bagi membolehkan kerja dijalankan dengan baik dan lancar. 
  • Tempat kerja mestilah mendapat cahaya yang mencukupi dan sistem pengudaraan yang baik bagi memastikan kerja yang dilakukan tidak menghadapi sebarang masalah 
  • Tempat kerja hendaklah sentiasa bersih daripada sebarang sisa kerja seperti serpihan besi dan minyak bagi mengelakkan kemalangan yang disebabkan oleh bahan tersebut.
2. Semasa


  • Tidak bergurau atau bermain ketika mengendalikan mesin. 
  • Berhati-hati semasa mengendalikan alatan dan mesin. 
  • Matikan suis kecemasan sekiranya berlaku kemalangan.
  • Mendengar setiap arahan yang diberikan oleh pensyarah. 
  • Maklumkan kepada pensyarah sekiranya berlaku kerosakan.


3. Selepas 

  • Bahan yang mudah terbakar , bahan yang berat dan panjang, serta bahan toksik hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan mudah disenggara.
  • Simpan semua peralatan di tempat yang betul.
  • Tutup semua peralatan yang menggunakan kuasa elektrik.
  • Bengkel dibersihkan daripada sebarang sisa-sisa buangan samada sisa pepejal atau cecair.
  • Tutup Semua pintu dan tingkap sebelum keluar dari bengkel.


Keselamatan diri

1.            Tingkah laku di tempat kerja
2.            Pengguna perlu mematuhi peraturan berpakaian
3.            Pengguna hendaklah mengikut kaedah yang betul ketika menggunakan dan mengendalikan peralatan dan mesin
4.            Pengguna tidak dibenarkan bermain dan bergurau

Keselamatan tempat kerja

1.            Tempat kerja mestilah mempunyai susun atur yang baik
2.            Tempat kerja mestilah mendapat bekalan cahaya yang mencukupi
3.            Tempat kerja mestilah sentiasa bersih dan tiada sebarang sisa kerja

PAKAIAN DAN ALAT PERLINDUNGAN DI TEMPAT KERJA

Pakaian di tempat kerja boleh dikelaskan kepada tiga
1.            Pakaian am
2.            Pakaian perlindungan

3.            Peralatan perlindungan



Pakaian am

1.            Pakaian mestilah tidak terlalu ketat  dan tidak terlalu longgar
2.            Rambut sentiasa pendekdan kemas bagi lelaki manakala bagi perempuan yang  
         berambut panjang hendaklah diikat dan yang bertudung disisipkan dalam baju
3.            Elakkan memakai barang perhiasan seperti rantai,jam tangan dan sebagainya




Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -